SELAMAT DATANG

SEMOGA ANDA MENDAPAT INFO MENGENAI PENDIDIKAN KHAS

Kelas Isu-isu ICT

pengalaman mengikuti kelas isu-isu ICT amatlah berharga. pada permulaan mengikuti kelas ini diri saya merasa risau, takut dan tiada jawapan bagaimana menyesuaikan diri dengan kelas di mana saya tidak ada kawan langsung yang saya kenal.
selain daripada itu saya sering melihat nama dan bidang setiap dalam kelas tersebut kerana ramai daripada pelajar kelas ini dari bidang ICT, multimedia dan sebagainya. diri ini merasa amat kerdil.
tetapi ku kuatkan semangatku. wah.. kelas iini menarik kerana aku minat dengan perkara2 yang dibincangkan di dalam kelas , walaupun kadang2 aku tak fahami dan tidak pernah mengetahui apa-apa mengenainya seperti web 2.0, cloud, google doc, dim-dim, google presentation dan sebagainya. tweeter aku pernah dengar tapi tak pernah tengok apa ke bendalah tweeter.
kesimpulannya, semua yg tidak ku ketahui terjawab . dengan menghadiri kelas , perbincangan dalam talian , bertanya rakan, mencuba dan mengalami sendiri pengalaman menggunakan kemudahan tersebut. Yang paling menarik adalah buat pembentangan menggunakan dim-dim. Iitulah pertama kali saya mengalami sendiri bagaimana ict digunakan untuk berkomunikasi. sebelum ini saya hanya menggunakan yahoo messenger, netmeeting, mirc dan facebook
oleh itu pengalaman dan ilmu sepanjang mengikuti kelas isu-isu ICT banyak membuka minda saya dengan pelbagai pendedahan-pendedahan baru mengenai ICT. selain daripada itu , pada pendapatsaya ICT boleh membantu saya menjadikan pengajaran saya terhadap murid pendidikan khas masalah pembelajaran agar lebih menarik.insyaallah.....

1 comment:

  1. Tahniah kepada anda yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan kelas kita lebih ceria dan bermakna, walaupun dalam masa yang sama saya tahu ramai yang seperti anda juga -- baru first time mengenali teknologi komunikasi Web 2.0 yang saya dedahkan dalam kelas kita.... itulah isu yang sebenarnya dihadapi oleh ribuan guru-guru diMalaysia. Anda sepatutnya berbangga kerana anda sekarang termasuk ke dalam golongan yang sudah mengalami perubahan yang Web 2.o boleh berikan kepada senario pendidikan kita. Selamat Maju jaya.

    ReplyDelete