SELAMAT DATANG

SEMOGA ANDA MENDAPAT INFO MENGENAI PENDIDIKAN KHAS

Autima dan ICT

Murid autisma di kaitkan dengan penggunaan ICT. Banyak pendapat mengenainya sama ada menyokong atau tidak menyokong. Walaubagaimanapun pengguna ICT di kalangan murid autima banyak mendatangkan kebaikan berbanding keburukan.
Seperti mana diketahui bahawa kebanyakan murid autisma seperti berada di dunianya sendiri dan mempunyai masalah tidak bersosial dengan individu disekeliling. Masalah yang dihadapi oleh murid autisma mungkin dikatakan sebagai kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh mereka. Oleh itu penggunaan ICT berkemungkinan dapat membantu mereka menjalani kehidupan mereka seharian.
Mungkin ada pendapat menyatakan penerapan ICT terhadap murid autisma tidak memberi sebarang kesan. Demikian itu kaedah pengajaran menggunakan ICT haruslah dipelbagaikan mengikut kesesuaian murid. Kini pelbagai perisian pendidikan dan permainan yang menarik serta menguji minda berada di pasaran. Hanya komitmen dari pendidik sahaja diperlukan.
Murid Autima amat gemar dengan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai unsur audio dan visual. Oleh itu melalui penggunaan ICT ia dapat membantu murid autisma mengikuti pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.

No comments:

Post a Comment