SELAMAT DATANG

SEMOGA ANDA MENDAPAT INFO MENGENAI PENDIDIKAN KHAS

AKTIVITI SENGGANG (LEASURE ACTIVITY) PPKI

PENGENALAN

Kesenggangan sering dilihat sebagai aktiviti atau program masa lapang. Ia merupakan aktiviti pengisian yang memberi keseronokan serta kegembiraan kepada individu yang terlibat.

Aktiviti Senggang adalah masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada seseorang individu.

(Mohd Syamsul, 2001)


Senggang adalah masa, senggang adalah aktiviti, senggang adalah pengalaman, senggang adalah keseluruhan konsep.

(Edginton, 1995)


Senggang adalah aktiviti yang mewujudkan satu perhubungan rapat diantara intelek, fizikal dan spiritual.

(Russell dan Kelly, 1996)


TUJUAN

Membolehkan murid :

  • Mempelajari kemahiran mengendali aktiviti harian yang positif terutamanya kemahiran berekreasi dan beriadah.
  • Menguruskan kehidupan dengan lebih bersistematik dan berkeyakinan.
  • Membentuk sikap positif dan nilai-nilai murni.
  • Mengisi masa lapang yang bermanfaat.
  • Memilih aktiviti-aktiviti rekreasi dan riadah yang bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka.
  • Membekalkan diri dengan aktiviti-aktiviti kurikulum alternatif dalam perkembangan potensi diri mereka.
  • Menguasai keseimbangan kemahiran-kemahiran motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan.

Antara aktiviti senggang PPKI adalah :-
  • rekreasi berenang
  • rekreasi berkuda
  • lawatan sambil belajar
  • ko-kurikulum
  • perkhemahan

No comments:

Post a Comment