SELAMAT DATANG

SEMOGA ANDA MENDAPAT INFO MENGENAI PENDIDIKAN KHAS

ICT Dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Dalam dunia hari ini, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan suatu keperluan yang semakin penting. Bagi murid Programan Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran juga tidak boleh lari daripada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT. Bahkan kepentingan pengetahuan dan kemahiran Murid PPKI berkenaan dalam bidang ICT semakin mendesak di mana ia membolehkan murid-murid ini tidak ketinggalan dengan perkembangan ICT. Penguasaan kemahiran ICT juga akan membolehkan murid PPKI lebih berdikari dan lebih berinovasi.

Secara umumnya di dalam Kurikulum Alternatif Pendidikan Khas terdapatnya Mata Pelajaran Multimedia di mana objektifnya adalah untuk mendedahkan murid PPKI kepada ICT. Secara umumnya juga murid PPKI akan menggunakan peralatan komputer yang sama sebagaimana yang digunakan oleh murid dari aliran perdana. Peralatan yang dimaksudkan termasuklah papan kekunci, tetikus, monitor, CPU , cd-rom dan banyak lagi.

Murid-murid PPKI adalah terdiri daripada pelbagai kategori (autism, sindrom down, hiperaktif, celebral palsi, lembam, disleksia dll) dan setiap ketegori mempunyai masalah pembelajaran yang berlainan contohnya seperti masalah koordinasi mata-tangan, motor halus dan motor kasar, masalah tingkah laku, tiada atau kurang tumpuan/fokus dan sebagainya. Kekangan atau masalah yang mereka hadapi akan menjadi suatu penghalang mereka untuk memahirkan mereka dalam penguasaan ICT. Maka guru seharusnya memainkan peranan penting dalam merancang pengajaran yang dapat membantu murid PPKI menjadi seseorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ICT agar mereka merasakan mereka sama seperti murid di aliran perdana.

No comments:

Post a Comment