SELAMAT DATANG

SEMOGA ANDA MENDAPAT INFO MENGENAI PENDIDIKAN KHAS

AUTISMA

Autisma

Kebanyakkan kanak- kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar.

Gambar adalah bahasa saya.

Kebanyakkan pengidap autisma adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar – gambar adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri. Adalah lebih baik juga sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas “duduk” semasa duduk dan “berdiri” semasa berdiri.

Pendekkan arahan.

Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.

Bakat melukis.

Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar.

Keasyikan / Obses

Kebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.

Pendekatan Visual yang Konkrit

Gunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.

Masalah Motor Tangan.

Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih muda...lagi pula zaman dah berubah.

Fonik dan Ingatan

Sesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar. Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.

No comments: