SELAMAT DATANG

SEMOGA ANDA MENDAPAT INFO MENGENAI PENDIDIKAN KHAS

PENGGUNAAN ICT DI DALAM P&P

Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan pendidikan negara bagi menambahbaikan infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di antara salah satu matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran yang menyatakan supaya peralatan teknologi yang dibekalkan di sekolah digunakan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu perlaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dipantau oleh pengetua atau guru besar sebagai ‘instructional leader’ di sekolah. Diantaranya mewajibkan guru-guru memasukkan penggunaan makmal komputer dalam rancangan mengajar harian/Mingguan/Tahunan masing-masing. Berdasarkan surat pekeliling tersebut guru-guru seharusnya mengintegrasikan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi suatu pengajaran yang bermakna.

No comments: