WARKAH INSAN ISTIMEWA
Kelas Isu-isu ICT
Autima dan ICT
Seperti mana diketahui bahawa kebanyakan murid autisma seperti berada di dunianya sendiri dan mempunyai masalah tidak bersosial dengan individu disekeliling. Masalah yang dihadapi oleh murid autisma mungkin dikatakan sebagai kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh mereka. Oleh itu penggunaan ICT berkemungkinan dapat membantu mereka menjalani kehidupan mereka seharian.
Mungkin ada pendapat menyatakan penerapan ICT terhadap murid autisma tidak memberi sebarang kesan. Demikian itu kaedah pengajaran menggunakan ICT haruslah dipelbagaikan mengikut kesesuaian murid. Kini pelbagai perisian pendidikan dan permainan yang menarik serta menguji minda berada di pasaran. Hanya komitmen dari pendidik sahaja diperlukan.
Murid Autima amat gemar dengan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai unsur audio dan visual. Oleh itu melalui penggunaan ICT ia dapat membantu murid autisma mengikuti pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.
AKTIVITI SENGGANG (LEASURE ACTIVITY) PPKI
PENGENALAN
Kesenggangan sering dilihat sebagai aktiviti atau program masa lapang. Ia merupakan aktiviti pengisian yang memberi keseronokan serta kegembiraan kepada individu yang terlibat.
Aktiviti Senggang adalah masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada seseorang individu.
(Mohd Syamsul, 2001)
Senggang adalah masa, senggang adalah aktiviti, senggang adalah pengalaman, senggang adalah keseluruhan konsep.
(Edginton, 1995)
Senggang adalah aktiviti yang mewujudkan satu perhubungan rapat diantara intelek, fizikal dan spiritual.
(Russell dan Kelly, 1996)
TUJUAN
Membolehkan murid :
- Mempelajari kemahiran mengendali aktiviti harian yang positif terutamanya kemahiran berekreasi dan beriadah.
- Menguruskan kehidupan dengan lebih bersistematik dan berkeyakinan.
- Membentuk sikap positif dan nilai-nilai murni.
- Mengisi masa lapang yang bermanfaat.
- Memilih aktiviti-aktiviti rekreasi dan riadah yang bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka.
- Membekalkan diri dengan aktiviti-aktiviti kurikulum alternatif dalam perkembangan potensi diri mereka.
- Menguasai keseimbangan kemahiran-kemahiran motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan.
- rekreasi berenang
- rekreasi berkuda
- lawatan sambil belajar
- ko-kurikulum
- perkhemahan
ICT Dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Dalam dunia hari ini, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan suatu keperluan yang semakin penting. Bagi murid Programan Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran juga tidak boleh lari daripada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT. Bahkan kepentingan pengetahuan dan kemahiran Murid PPKI berkenaan dalam bidang ICT semakin mendesak di mana ia membolehkan murid-murid ini tidak ketinggalan dengan perkembangan ICT. Penguasaan kemahiran ICT juga akan membolehkan murid PPKI lebih berdikari dan lebih berinovasi.
Secara umumnya di dalam Kurikulum Alternatif Pendidikan Khas terdapatnya Mata Pelajaran Multimedia di mana objektifnya adalah untuk mendedahkan murid PPKI kepada ICT. Secara umumnya juga murid PPKI akan menggunakan peralatan komputer yang sama sebagaimana yang digunakan oleh murid dari aliran perdana. Peralatan yang dimaksudkan termasuklah papan kekunci, tetikus, monitor, CPU , cd-rom dan banyak lagi.
PENDIDIKAN KHAS
Pelajar Pendidikan Khas adalah pelajar yang dikesan mempunyai masalah pembelajaran berasaskan tahap fungsi keupayaan dan definisi dalam beberapa kemahiran keupayaan kognitif, berbahasa dan pertuturan ,menguasai keupayaan membaca, kemahiran pekembangan sosial, perkembangan diri, pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan sebagainya
SINDROM DOWN
| Apakah Sindrom Down? |
Sindrom Down
Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya..
Nota :
· Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit
· Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866
Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?
Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)
Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
· Tubuh yang pendek
· Kepala bersaiz kecil
· Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
· Lidah terjelir
· Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
· Pertumbuhan yang lambat.
· Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan
1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
o Lambat atau sukar dalam pembelajaran
o Lambat dalam pertuturan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.
2. Penyakit jantung kongenital
o Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.
3. Kecacatan pertumbuhan perut
o Intestinal atresia
o Tiada dubur
Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
4. Mudah mendapat jangkitan
o Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.
5. Masalah pendengaran dan penglihatan
o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
6. Gangguan fungsi Tiroid
o Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin
o Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.
7. Barah (kanser)
o Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa
o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.
Pencegahan
· Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.
· Kadar risiko kejadian berulang adalah 1%
· Amalan merancang keluarga
Pemulihan
· Program intervensi
· Terapi carakerja
· Terapi pertuturan
· Pendidikan khas
· Latihan kemahiran khas
Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.
Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).
Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal.
Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan..
HIPERAKTIF
| Hiperaktif |
| Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain . |
| Kelakuan yang biasa diperlihatkan oleh kanak-kanak hiperaktif :- (1) kekurangan tumpuan perhatian Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain . (2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif ) Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan . (3) Berkelakuan Terlalu Aktif Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif . Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa . Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal -profesyenal yang terlatih . Cara - cara rawatan (1) Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif . (2) Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) ; lebih berkesan , tetapi cara -caranya.Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik ini perlu diikuti selalu . (3) Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach ) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini ; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka. Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawet Masa hadapan Dari penyelidikan yang telah dijalankan , didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat . Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri , sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini . Kesimpulan Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh. Bagaimanapun , kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa . |
PENGGUNAAN ICT DI DALAM P&P
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran yang menyatakan supaya peralatan teknologi yang dibekalkan di sekolah digunakan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu perlaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dipantau oleh pengetua atau guru besar sebagai ‘instructional leader’ di sekolah. Diantaranya mewajibkan guru-guru memasukkan penggunaan makmal komputer dalam rancangan mengajar harian/Mingguan/Tahunan masing-masing. Berdasarkan surat pekeliling tersebut guru-guru seharusnya mengintegrasikan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi suatu pengajaran yang bermakna.
AUTISMA
| Autisma |
| Kebanyakkan kanak- kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar. |
Gambar adalah bahasa saya.
Kebanyakkan pengidap autisma adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar – gambar adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri. Adalah lebih baik juga sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas “duduk” semasa duduk dan “berdiri” semasa berdiri.
Pendekkan arahan.
Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.
Bakat melukis.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar.
Keasyikan / Obses
Kebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.
Pendekatan Visual yang Konkrit
Gunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.
Masalah Motor Tangan.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih muda...lagi pula zaman dah berubah.
Fonik dan Ingatan
Sesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar. Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.